1 Ukhuwah 1 Misi 1 Organisasi

Pada 17 April 2014, satu Program 1 Ukhwah 1 Misi 1 Organisasi telah diadakan di Balai Orang Ramai (BALORA), Al-Muktafi Billah Shah. Program yang bertemakan Harmoni dan Selesa ini telah disertai oleh semua kakitangan KETENGAH, anak-anak syarikat dan Mini RTC. Program ini adalah salah satu usaha bagi mengeratkan kerjasama KETENGAH dengan NGOs iaitu Kelab 3K, AKRAB, Puspanita Cawangan Kecil KETENGAH, Koperasi 3K, Kelab Angsana dan juga kelab UPPWK. Program telah disempurnakan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ibrahim Muhamad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi Roslee Daud, Ahli Majlis Pembangunan Luar Bandar Parlimen Dungun, YBhg Dato Haji Din bin Adam serta Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud. Serentak dengan itu juga, Datuk Seri juga turut membuat lawatan ke Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Bandar Al-Muktafi Billah Shah.

placeholder
Program Kayuhan Festival Kenyir 2014
placeholder
Pra Pelancaran Festival Kenyir 2014

Artikel Lain