200 Orang Bakal Haji Wilayah KETENGAH Diraikan

Seramai 200 orang bakal haji diraikan dalam satu majlis Meraikan Bakal Haji Wilayah KETENGAH 1438H/2017M (Daerah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) bertempat di Masjid Sultan Mahmud, Bandar Al Muktafi Billah Shah,Terengganu. Ceramah , pesanan dan tip-tip berguna juga telah disampaikan oleh Ustaz Syukri bin Ali, Penceramah bebas dan mantan Pegawai Agama Istana Terengganu. Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran YBhg Dato’ Haji Din bin Adam, Timbalan Pengerusi KETENGAH, merangkap Pegawai Pembangunan Dungun. Hadir sama pada majlis tersebut Dato’ Haji Mohyen bin Haji Mosman, Pengarah Tabung Haji cawangan Terengganu, Tuan haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH dan Dato’ Haji Alwi bin Said, Pengerusi Masjid Sultan Mahmud. YBhg Dato’ Haji Din telah menyampaikan sumbangan berupa kain ihram kepada Jemaah lelaki dan kain sembahyang kepada Jemaah wanita beserta wang saku sebanyak RM150.

Kami warga KETENGAH ingin mengucapkan selamat berangkat ke tanah suci kepada bakal-bakal haji yang diraikan dan kembali ke tanah air bersama haji yang mabrur, dan sentiasa berdoa semoga sentiasa dianugerahkan dengan kesihatan yang baik untuk melaksanakan ibadah sepanjang berada di tanah suci.

Kemeriahan Majlis Bersama Menteri KKLW.
Kursus Motivasi Kepada Kumpulan Sokongan 1

Artikel Lain