Bengkel Pengemaskini Projek KIK KETENGAH

Bagi menyemarakkan budaya inovasi sektor awam, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) sentiasa memberikan peluang kepada kakitangannya meneroka peluang untuk mengetengahkan projek KIK mereka bagi menyertai pertandingan inovasi di peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Pada tahun ini sebanyak dua kumpulan KIK iaitu Kumpulan Spectra dan Tulip telah berjaya menyertai Konvensyen KIK peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada 13 hingga 15 November 2018.

Sehubungan dengan itu satu Bengkel Pengemaskini Projek KIK KETENGAH telah diadakan pada 20 hingga 21 Oktober 2018 bertempat di Sumai Hotel & Apartment, Kuala Terengganu. Bengkel tersebut telah dikendalikan oleh Puan Norhasimah bt Ibrahim dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Kemahiran berfikir secara kreatif, kemahiran mangaplikasi kaedah dan teknik dalam penghasilan projek, pengetahuan berkaitan pengembangan projek, penyediaan persembahan powerpoint dan cara-cara persembahan telah diterangkan secara terperinci oleh Puan Norhasimah.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Encik Mohd Azmi bin Muda, Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia.     

 

Kursus Team Building (Teaming With Passion) Siri 1/2018
Kejohanan Golf Jemputan

Artikel Lain