ADS1M dan Himpunan J3K Wilayah Ketengah

KETENGAH merakamkan setinggi penghargaan atas kehadiran Yang Berhormat Datuk Haji Jazlan bin Haji Yaakub, Timbalan Menteri KKLW merasmikan Majlis Penyampaian Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) dan Himpunan J3K Wilayah KETENGAH. Turuh hadir bersama ialah YB Encik Roslee bin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Terengganu, Dato’ Haji Din bin Adam, Pengerusi Pembangunan Luar Bandar Parlimen Dungun dan Tuan Haji Omar bin Ismail, Timbalan Pengurus Besar (Operasi).

Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia merupakan satu platform bagi menilai prestasi dan pencapaian kampung sebagai usaha kerajaan melahirkan kampung yang cemerlang. Selain mampu meningkatkan ekonomi luar bandar, anugerah ini juga mampu meningkatkan lagi semangat patriotism penduduk luar bandar.

Anugerah ini merupakan gabungan dua pertandingan yang besar di peringkat luar bandar iaitu Anugerah Desa Cemerlang dan Anugerah Desa Sejahtera. Komponen yang ditekankan dalam kriteria pemilihan anugerah ini ialah dari segi konteks pembangunan ekonomi, pembangunan manusia dan juga patriotism.

Berikut adalah senarai pemenang-pemenang bagi setiap anugerah:-

  • Aspek Kepimpinan dan Pentadbiran – Kg. Bukit Merah
  • Aspek Pendidikan dan Latihan – Kg Pasir Gajah
  • Aspek Ekonomi dan Keusahawan – Kg . Pasir Gajah
  • Aspek Patriotisme & Kemerdekaan – Kg Pasir Gajah
  • Aspek Teknologi Maklumat dan Komunikasi – Kg Air Putih
  • Aspek Kebersihan, Kesihatan & Keceriaan – Felda Cherul 02
  • Aspek Kerohanian & Kemasyarakatan – Kg Tok Dor
  • Anugerah Desa Wawasan – Kg Pasir Gajah
  • Anugerah Desa Cemerlang – Kg Bukit Merah
  • Anugerah Desa Harapan – Kg Pinang Baru
  • Anugerah Desa Felda – Felda Jerangau A
  • Aspek Khas Biodiri (Pengerusi) – Tuan Haji Md Nain bin Ton Muhamad (Kg Air Putih)
  • Aspek Khas Biodiri (Setiausaha) – Badrulhisyam bin Jusoh (Kg Pasir Gajah)
placeholder
Jasamu Dikenang
placeholder
Lawatan Kolej Universiti Bestari

Artikel Lain