ADS1M Wilayah Ketengah 2014

Majlis Sambutan Hari Inovasi KKLW 2014
17/01/2017
Majlis Perasmian Pentas Serbaguna
17/01/2017

ADS1M Wilayah Ketengah 2014

Pada 15 November 2014, satu Majlis Penyampaian Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) Wilayah Ketengah 2014 telah diadakan di RTC Terengganu. ADS1M adalah gabungan pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) dan Anugerah Desa Sejahtera (ADS). Objektif program ini diadakan adalah bagi merealisasikan program transformasi luar bandar untuk melahirkan masyarakat desa yang berdaya saing, berinisiatif, berilmu, berdikari dan berdisiplin kerja. Majlis telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Datuk Seri Ibrahim bin Muhamad, Ketua Setiausaha, KKLW. Turut hadir bersama YB En Roslee bin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Terengganu. Antara aspek dan anugerah yang dipertandingkan adalah :- Anugerah Khas (Kampung Wawasan) : Kg Durian Mentangau Anugerah Khas (Kampung Harapan) : Kg Batu 14 Aspek Kepimpinan dan Pentadbiran : Kg Jerangau Aspek Pendidikan dan Latihan : Kg Tok Dor Aspek Ekonomi dan Keusahawanan : Kg Seberang Tayur Hulu Aspek Patriotisme dan Kemerdekaan : Kg Padang Pulut Aspek Teknologi Maklumat dan Komunikasi : Kg Pasir Gajah Aspek Kebersihan, Kesihatan dan Keceriaan : Kg Air Putih Aspek Kerohanian dan Kemasyarakatan : Kg Tok Dor Tempat Keempat : Kg Pasir Raja Tempat Ketiga : Kg Jerangau Naib Johan : Kg Pasir Gajah Johan : Kg Tok Dor

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *