APC KKLW 2017

Selaras dengan transformasi negara ke arah budaya kerja berprestasi tinggi dan berinovasi, kerajaan telah memperkenalkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). APC merupakan penghargaan Kerajaan kepada pegawai perkhidmatan awam yang telah memberi perkhidmatan cemerlang di samping pengiktirafan terhadap perkhidmatan yang bermutu tinggi berdasarkan prestasi tahunan pegawai.

Sehubungan dengan itu, Satu Majlis Perkhidmatan Cemerlang KKLW Tahun 2017 telah dilaksanakan pada 5 hingga 6 Februari 2018 bertempat di MAEPS Serdang, Selangor. Ketika berucap, YB Dato’ Sri Ismail Sabri Bin Yaakob berkata “KKLW salah satu kementerian yang paling hampir dengan rakyat. Oleh itu para pegawai di agensi dan jabatan di bawah KKLW merupakan barisan hadapan kepada kerajaan”. Seramai 32 orang pegawai dan kakitangan KETENGAH telah dianugerahkan APC bagi tahun 2017. Tahniah dan syabas kepada semua penerima. Teruskan kecemerlangan dan usaha demi membela nasib masyarakat luar bandar.

placeholder
Pelancaran Gotong Royong Perdana 2018
placeholder
Kecaknaan KETENGAH

Artikel Lain