BENGKEL ETIKA DALAM PENGURUSAN MESYUARAT DAN PENULISAN MINIT MESYUARAT YANG EFEKTIF

Bertempat di Residence Inn, Cherating, Pahang seramai 41 org pegawai dan kakitangan KETENGAH serta anak syarikat telah berjaya menghadiri Bengkel Etika Dalam Pengurusan Mesyuarat dan Penulisan Mesyuarat Yang Efektif selama 3 hari dan 2 malam bermula pada 17 hingga 19 November 2018.

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah bagi memberikan pemahaman berkaitan etika dalam pengurusan mesyuarat, menguasai penulisan minit mesyuarat yang berkualiti dan memantapkan penggunaan bahasa dalam penulisan minit mesyuarat.

Bengkel in telah dikendalikan oleh Encik Jaafar bin Marzuki, Penolong Pendaftar daripada Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara.

Peserta yang terpilih bagi bengkel ini adalah terdiri daripada urus setia mesyuarat-mesyuarat di bahagian dan juga jabatan.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Yang Mulia Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH.

KETENGAH PRIHATIN
Monsoon Run 2018.

Artikel Lain