Bengkel Pemurnian Bajet Pembangunan 2015 dan Halatuju Baru KETENGAH

Pada 28 hingga 30 november 2014, telah berlangsung satu Bengkel Pemurnian Bajet Pembangunan Tahun 2015 dan Halatuju Baru KETENGAH bertempat di Resort World, Kijal, Kemaman. Seramai 71 orang peserta telah menghadiri kursus ini yang terdiri dari kumpulan pengurusan tertinggi, pegawai kumpulan pengurusan dan professional KETENGAH serta unit pengurusan projek wilayah KETENGAH (UPPWK). Bengkel ini diketuai oleh Pengurus Besar, Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud. Tujuan utama bengkel ini ialah:- 1. Memurnikan semula senarai projek / sub-projek tahun 2015 dan penjadualan pelaksanaan. 2. Merangka jadual pelan tindakan yang terperinci, tepat, cekap dan teratur bagi mencapai keseimbangan prestasi fizikal dan kewangan. 3. Merancang pelaksanaan mengikut kehendak dan keperluan kumpulan sasar. 4. Memastikan pelaksanaan program/projek dipantau melalui Sistem Pemantauan Projek KETENGAH (SPPK). 5. Mengenalpasti halangan, permasalahan serta isu-isu kepada kelambatan pelaksanaan program/projek. 6. Mengadakan “Plan Tindakan” penyelesaian mengatasi halangan, permasalahan serta isu-isu berbangkit. 7. Memastikan kecapaian “IMPAK” hasil daripada bajet 2015 memenuhi objektif dan fungsi KETENGAH. 8. Merancang, merencana cadangan-cadangan halatuju baru KETENGAH ke arah RMKe-11.

placeholder
Sumbangan Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH 2014
placeholder
Lawatan Sulung Menteri Besar ke KETENGAH

Artikel Lain