satu lawatan healtcheck projek pembangunan kali ke-8 tahun 2024 telah diadakan di tiga (3) lokasi berbeza di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Bandar Ketengah Jaya dan Kg. Durian Mentangau, Dungun, Terengganu.

Projek No. 1:
Cadangan Pembangunan 130 Unit Rumah Teres (1 Tingkat), 1 Unit Surau (1 Tingkat), 1 Unit Tadika (1 Tingkat), 4 Unit Lot Kedai (1 Tingkat) Dan Kemudahan Lain Di Atas Lot PT4632, Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Mukim Hulu Paka, Daerah Dungun, Terengganu Darul Iman (Menyiapkan Kerja Terbengkalai) – Projek Pemajuan Kawasan (PPK), Bandar AMBS.

Projek No. 2:
Cadangan Membina Dan Menyiapkan 8 Unit Premis Perniagaan Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Atas Lot PT 50210 Pusat Bandar Ketengah Jaya, Dungun, Terengganu
(Menyiapkan Kerja Terbengkalai) – Projek Naiktaraf Premis Perniagaan Wilayah KETENGAH.

Projek No. 3:
Cadangan Membina dan Menyiapkan Infrastruktur Bagi Projek Pertanian Berteknologi Tinggi (Agrotek) Serta Kerja-Kerja Yang Berkaitan Di Lot 4086, Mukim Rasau, Dungun, Terengganu
– Projek Agrotek Wilayah KETENGAH

Lawatan tapak healthcheck ini telah diketuai oleh Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) Encik Zainuddin bin Haji Md Zaki. Lawatan ini bertujuan untuk memantau prestasi fizikal di tapak bina dan membincangkan isu-isu yang berlaku semasa pelaksanaan projek bagi meningkatkan prestasi kemajuan fizikal dan kemajuan kewangan projek disamping memastikan pihak kontraktor melaksanakan gerak kerja sebagaimana jadual perancangan (CPM) yang telah dirancang supaya projek-projek ini tidak mengalami kelewatan untuk disiapkan.

Pihak kontraktor ketiga-tiga projek telah diberi teguran dan amaran bagi mempertingkatkan prestasi projek kerana terdapat sedikit kelewatan dalam pelaksanaan projek yang telah dijalankan. KETENGAH berharap supaya kelewatan pelaksanaan projek ini dapat diatasi semula pada penghujung bulan April 2024 sebagaimana komitmen yang telah diberikan oleh semua kontraktor terlibat.