Cakna Ibu Tunggal

Kemahiran Ibu Tunggal Dipertingkatkan
17/01/2017
Program Integrasi Desa Wilayah KETENGAH
17/01/2017

Cakna Ibu Tunggal

Satu Kursus Transformasi Ibu Tunggal KETENGAH Siri ke 2 Tahun 2013 telah diadakan pada 26 hingga 28 Disember 2013 bertempat di Prinzpark Hotel, Kualai Ibai, Kuala Terengganu. Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Tuan Haji Wan Abdul Rahman bin Ahmad. Kursus kali ini telah dihadiri seramai 40 orang peserta. Dibawah program ini, KETENGAH mengambil inisiatif membantu masyarakat dalam wilayah KETENGAH melalui kursus atau seminar dengan pengisian aktiviti-aktiviti atau program-program yang dapat membuka dan memantapkan minda lagi masyarakat. Terdapat 5 objektif utama program ini iaitu :- Mewujud dan menolong golongan sasaran kepada satu perubahan yang dipanggil lompatan anjakan paradigma. Mewujudkan satu suasana atau kuasa yang dapat meransang golongan sasaran terhadap pemulihan sikap secara keseluruhannya. Menjadikan agenda pembangunan insan yang menyeluruh sebagai teras untuk merubah sikap golongan sasaran kepada keadaan yang lebih baik dari sudut pemikiran, pendidikan, ekonomi, sosial dan kerohanian Menanam kesedaran yang mendalam tentang tanggungjawab kepada diri, keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara Mewujudkan kesedaran dalam diri golongan sasaran terhadap kekuatan dan kelemahan diri. Membaiki kelemahan dan meningkatkan serta menyuburkan kekuatan diri yang sedia ada bagi pembangunan diri

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *