The launch of the people’s tuition

Community Program at Bandar Bukit Besi.
06/05/2018
Community Program at Bandar Ceneh Baharu
08/05/2018

The launch of the people’s tuition

Tuisyen Rakyat@KKLW merupakan salah satu usaha kerajaan bagi meningkatkan penguasaan mata pelajaran teras dan pencapaian akademik sebagai pemangkin kecemerlangan modal insan. Sasaran program ini adalah kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR dan SPM. Peserta juga dipilih daripada keluarga berpendapatan rendah iaitu di bawah RM3,500 dan tumpuan kepada pelajar berprestasi sederhana atau lemah.

KETENGAH dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah akan mewujudkan kelas tuisyen sebanyak 29 buah di sekolah-sekolah yang terpilih dalam wilayahnya yang melibatkan seramai 1160 pelajar di tiga daerah iaitu Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu. Majlis pelancaran Tuisyen Rakyat@KKLW Peringkat Parlimen Hulu Terengganu telah dilancarkan pada hari ini 7 Mei 2018 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Landas. Majlis Pelancaran telah disempurnakan oleh oleh YB Dr Haji Ghazali bin Taib, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri Terengganu. Pada majlis tersebut, sebanyak   6 buah sekolah parlimen Hulu Terengganu telah menerima watikah pelantikan Program Tuisyen Rakyat@KKLW dan 92 orang asnaf turut menerima sumbangan zakat.

Hadir sama YBhg Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH serta pengurusan kanan KETENGAH, Encik Ahmad Firdaus bin Abdul Ghani, Timbalan Pengarah RISDA Negeri Terengganu, Encik  Jalaluddin bin Ismail, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Terengganu, Encik Mohd bin Awang Teh, Pengetua SMK Landas dan pemimpin setempat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *