Festival Kenyir 2017

Majlis perasmian Festival Kenyir 2017 telah disempurnakan Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Ahmad Razif bin Abd Rahman pada 14 September 2017 bertempat di Pengkalan Gawi Tasik Kenyir. Sempena festival kali ini, seramai 60,000 orang disasarkan sepanjang 4 hari yang bermula hari ini sehingga 17 September 2017. Menurut YAB Menteri Besar , Festival Kenyir 2017 salah satu acara berjaya memperkenalkan lagi Tasik Kenyir kepada pelancong dan keunikan penganjuran kali ini merangkumi 30 acara dalam air, darat mahupun di udara. Ianya juga menjadi pemangkin kepada kedatangan pengunjung ke Tasik Kenyir yang kini jadi tumpuan segenap lapisan terutamanya selepas beroperasinya jualan Zon Bebas Cukai Tasik Kenyir(ZBCTK) pada 1 Ogos 2017 lalu.

Majlis Perhimpunan Bulanan KETENGAH kali ke 6/2017
placeholder
MoU di antara Anak-Anak Syarikat Milik Agensi di Bawah KKLW Fasa 2

Artikel Lain