Gendang Semangat Telah dipalu

MAKSPEN XIII KEDAH 2015 akan berlangsung selama 5 hari bermula pada 12 hingga 16 Ogos 2015. Kejohanan sukan yang menghimpunkan kesemua agensi dan jabatan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Ini merupakan wadah untuk kesemua warga KKLW berkumpul, bersukan dan sekaligus mengeratkan lagi hubungan silaturrahaim sesama mereka. Persiapan kontijen KETENGAH dalam menghadapi sukan MAKSPEN XIII Kedah 2015 kini memasuki fasa terakhir. Bagi meningkatkan semangat para atelit, YBhg Dato’ Haji Wan Mat Amin Bin Wan Daud Pengurus Besar KETENGAH turun padang berjumpa dengan mereka dalam satu Majlis Besama Pengurus Besar KETENGAH & Penyerahan Bendera Kojohanan MAKSPEN XIII 2015 yang bertempat di BALORA, Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu. Beliau berpesan kepada semua atlit dan pengurus pengurus pasukan supaya mempunyai semangat berpasukan, berusaha gigih, berdisiplin dan sentiasa menjaga nama baik jabatan. YBhg Dato’ juga mengumumkan akan memberikan ganjaran dalam bentuk wang tunai kepada pasukan yang membawa pulang pingat. Sebanyak 19 acara dipertandingkan dan menawarkan sebanyak 26 pingat emas pada temasya kali ini. KETENGAH mensasarkan sebanyak 12 pingat emas akan dibawa pulang.

placeholder
Mini Konvesyen KIK Peringkat KETENGAH
placeholder
Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri KETENGAH

Artikel Lain