Hari Keluarga 3K disambut meriah

Pada 24 Februari 2018, Kelab Keluarga KETENGAH (3K) telah mengadakan Hari Keluarga 3K 2018 bertemakan “Santai Bersama”. Program ini telah disertai 409 keluarga melibatkan 2040 orang. Pendaftaran peserta dimulakan seawal jam 7.30 pagi dan setiap peserta diberikan elaun kehadiran, kupon cabutan bertuah dan hadiah hari lahir. Acara sukanika dan sukan santai (putting golf, score mini goal, selambut dan bola jaring) telah dilangsungkan selesai sahaja sarapan pagi.

Setiap acara yang disusun adalah bertujuan merapatkan hubungan silaturahim sesama keluarga pegawai dan kakitangan tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Semangat kekeluargaan, kekitaan dan keakraban di kalangan warga kerja KETENGAH ini secara tidak langsung ianya dapat melahirkan sikap prihatin, saling hormat-menghormati, bertolak ansur, amanah serta telus di dalam menjalankan tugas seharian. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH sambil diiringi oleh Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Presiden Kelab 3K. Pada sebelah petang pula hadirin dihiburkan oleh persembahan dari AKRAB, Puspanita Cawangan Kecil Ketengah dan dari Biro Agama Kelab 3K. YBhg Dato’ Haji Din bin Adam turut hadir memeriahkan majlis . Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan hari keluarga 3K pada kali ini.

placeholder
Pendapatan penduduk dipertingkat
placeholder
Kebersamaan dalam masyarakat dipupuk

Artikel Lain