TENTANG

Kampung Pasir Gajah Kemaman, Terengganu, merupakan salah satu Kampung berada di Wilayah KETENGAH. Kampung ini dikategorikan sebagai sebuah kampung tradisional yang meliputi kawasan seluas 1,387 hektar di dalam kawasan Mukim Pasir Semut, Kemaman di dalam Wilayah Ketengah. Jaraknya dari Bandar Cukai ialah lebih kurang 15.5 kilometer. Kampung ini terdiri dari 5 gugusan kampung lain iaitu Kampung Tanah Lot, Kampung Hilir, Kampung Hulu, Kampung Laut dan kampung Batu 10.

Bagi mereka yang ingin merasai  suasana desa, pelancong boleh memilih untuk tinggal di Homestay Kampung Pasir Gajah. Tarikan utama di kampung ini seperti peninggalan sejarah Jambi iaitu Rumah jambi dan pusat penetasan Tuntung. Terdapat dua unit homestay di kampung ini.

KETERANGAN HOMESTAY PASIR GAJAH

  • 1 bilik mandi
  • Bilik tidur lengkap dengan 1 Katil Double, 1 katil single dan almari
  • Dapur dan kelengkapan memasak asas (pinggan,cawan,sudu,periuk nasi, pemanas air)
  • Peti Sejuk
  • Ruang makan lengkap dengan kerusi dan meja
  • Televisyen lengkap dengan Astro

Harga yang dikenakan bagi semalaman ialah RM80.00.

Untuk tempahan boleh berhubung dengan En Zali di talian 0139335751