JASAMU TETAP DIKENANG

Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Wilayah KETENGAH Tahun 2018
13/10/2018
Kursus Team Building (Teaming With Passion) Siri 1/2018
22/10/2018

JASAMU TETAP DIKENANG

Puan Hajah Hanisah binti Abdullah, satu nama yang tidak asing lagi dikalangan warga KETENGAH. Beliau merupakan isteri kepada mantan Pengurus Besar KETENGAH Tuan Haji Omar bin Ismail.

Hajah Hanisah memulakan tugas sebagai Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil Ketengah pada 5 Januari 2016 susulan persaraan To’ Puan Hajah Rose bt Yaacob. Sepanjang 2 tahun menerajui PUSPANITA, Hajah Hanisah sangat komited dalam menjalankan tugas yang telah dipertanggungjawab dengan seiklas hati. Beliau bukan saja penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus, malah mementingkan kebajikan ahlinya. Pelbagai cerita suka duka diharungi sepanjang menerajui Puspanita Cawangan Kecil Ketengah ini. Beliau juga bergiat aktif dalam mengerakkan badan bukan kerajaan ini dengan penglibatan aktif diperingkat kementerian mahupun jabatan. Antara program yang dijalankan ialah aktiviti kekeluargaan & kemasyarakatan, keagamaan, ekonomi, kesihatan dan kesukanan. Beliau sentiasa turun padang bagi menjayakan aktiviti yang telah dianjurkan.

Sudah menjadi lumrah dunia, Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan, dan perpisahan itu amat menyakitkan. Hari ini kami semua terharu, kerana kehilangan insan yang diibaratkan seorang ibu dalam keluarga besar KETENGAH. Namun apakan daya sudah ditakdirkan begitu. Segala jasa dan kenangan manis akan tetap dalam lipatan sejarah kami semua. Selamat bersara buat Hajah Hanisah dan doa kami sentiasa mengiringi Hajah Hanisah sekeluarga.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *