Jeram kelembar Sungai loh merupakan salah satu lokasi yang pastinya menarik untuk dikunjungi. Terletak kira kira 3 kilomiter dari kampung kuala Jengai Hulu Dungun, Terengganu. Antara aktiviti yang boleh di lakukan  di Sungai Loh ialah berkhemah, memancing dan berkelah bersama keluarga.

sungai-loh

Tapak perkhemahan di Sungai Loh sering menjadi tumpuan terutama semasa cuti persekolahan. Bagi mereka yang ingin membawa keluarga untuk berkelah, amat sesuai kerana jarak antara tebing sungai ini yang landai membolehkan keluarga mengawasi anak-anak mereka. Disamping itu kemudahan parking dan tandas awam turut disediakan. Bagi kaki pancing pula, pelbagai spesies ikan yang terdapat di Sungai Loh ini ialah Ikan Kelah, Tengas, Sebarau dan Baung.

mancing

Untuk ke Sungai Loh ini dari Bandar Dungun, anda perlu melalui Jalan Bukit Besi atau jalan Al Muktafi Billah Shah ke Pasir Raja.