Kami Cakna

Info Banjir

Seramai 233 orang mangsa banjir Wilayah KETENGAH di Daerah Dungun telah dipindahkan ke pusat pemindahan yang telah dibuka sejak semalam 1 Januari 2018, iaitu di Dewan Serbaguna Kg Shukor, Dewan Orang Ramai Pasir Raja dan Surau Besol Lama. Pihak KETENGAH berharap, supaya penduduk sentiasa bersabar menghadapi ketentuan dan ujian ini, serta selalu berhubung dengan pihak berwajib bagi mengelakkan perkara-perkara yang buruk berlaku. Kami akan sentiasa membantu dan amat memahami masalah yang dihadapi.

Tindakan ketika banjir

• Jika banjir berlaku ketika di rumah, dengar pengumuman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu dan bersedia dengan peralatan kecemasan untuk berpindah. Sebelum berpindah tutup semua suis bekalan elektrik dan air bersih di rumah. Apabila menerima arahan berpindah, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang telah disediakan. Sebaiknya berpindah awal sebelum banjir meningkat atau berpindah pada waktu siang kerana ianya lebih mudah dan selamat. Ikut laluan yang betul atau yang telah ditentukan, laluan singkat mungkin terhalang atau berbahaya seperti adanya longkang atau parit terbuka yang ditenggelami air.

• Jika banjir terjadi ketika masih dalam kenderaan, jangan terus mengharungi kawasan banjir, seeloknya berpatah balik ke tempat yang selamat dan jika kenderaan terhenti, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat.

• Jika banjir berlaku ketika berada di luar rumah sebaiknya pergi ke tempat tinggi dan selamat. Elakkan dari melalui kawasan banjir, arus deras yang boleh menghanyutkan. Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki. Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh. Awasi anak-anak, jangan biarkan bermain di longkang, sungai atau lombong dan elakkan dari terminum air banjir.

Tindakan selepas banjir

• Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yang berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat. Beri bantuan kepada jiran atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak atau golongan istimewa). Periksa luaran rumah, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat. Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air, amalkan sikap berhati-hati kerana banyak bahaya yang tersembunyi. Semasa memasuki rumah pakai kasut, periksa kerosakkan dinding, lantai, pintu, tingkap, siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh dan sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah.

• Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor, wayar elektrik dan peralatan elektrik yang terendam di dalam air. Periksa kehadiran bahan-bahan mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya) tanpa disedari. Buang semua bahan-bahan makanan yang terendam terkena banjir termasuklah makanan tin dan paket. Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi. Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa dan buat laporan kepada JKM bagi mangsa yang tidak berpindah ke pusat pemindahan.

Sumber.

https://etindakan.terengganu.gov.my

placeholder
Program Back To School 2018 Wilayah KETENGAH Zon Ceneh Baharu
placeholder
Perhimpunan Bulanan KETENGAH

Artikel Lain