Kampung Besul Lama Mula Dinaiki Air.

AMCT 2018
05/12/2018
Borang Permohonan Penyewaan Perkedaian di Pengkalan Gawi Tasik Kenyir Terengganu.
12/12/2018

Kampung Besul Lama Mula Dinaiki Air.

Berikutan hujan berterusan selama 3 hari lepas, kawasan-kawasan rendah di wilayah KETENGAH mula dinaiki air. Pada jam 12 tengahari ini, sebanyak 6 buah rumah telah ditenggelami air yang melibatkan 8 keluarga menjadikan jumlah mangsa keseluruhan seramai 31 orang.  Kesemua mangsa telah ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Surau kampung Besul Lama, Bukit Besi Terengganu. YBhg Tengku Ahmad Nadzri bin Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH telah turun padang melawat mangsa sambil bertanya khabar dan menyalurkan bantuan awal kepada mangsa yang terlibat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *