Karnival Menara Gading dan Kerjaya

KETENGAH dengan Kerjasama RTC Terengganu dan Job Malaysia telah mengadakan Karnival Menara Gading dan Kerjaya Wilayah KETENGAH 2017 bertempat di ruang legar RTC Terengganu Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu pada 6 Mac 2017. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Haji Roslee bin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Merangkap ADUN Bukit Besi.

Beliau berkata “kita mestilah mengintai ruang dan peluang yang ada agar tidak ketinggalan dengan arus pembangunan Negara dan sentiasa berfikir di luar kotak”. Diantara IPTA dan IPTS yang mengambil bahagian ialah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), University College Bestari (UCB), Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Kolej Cosmopoint, Kolej Ketengah, TATI University College (TATIUC), Kolej TESDEC , Akademi Binaan Malaysia (ABM), RANACO, Politeknik Dungun, PTPTN, Jobs Malaysia, Top Wave Solutions Sdn. Bhd, Surada Jaya Sdn Bhd, Pro Kaseh Tecniques Sdn. Bhd., Wasco Coatings (M) Sdn. Bhd. Dan Cosway (M) Sdn. Bhd.

Selain pameran, taklimat juga akan disampaikan oleh wakil Kementerian Pendidikan Tinggi, Jobs Malaysia, PTPTN, Usahawan dan Individu Berjaya dari Petronas. Cabutan bertuah juga disediakan kepada pengunjung yang bertuah.

Kursus Kemahiran Kepada Beliawanis Wilayah KETENGAH
Jom Ngail Riang Ria Keluarga KETENGAH

Artikel Lain