Karnival Perasmian Mini RTC

Pada 16 Disember 2013 (Isnin), telah berlangsung Karnival perasmian Mini RTC secara serentak melibatkan tiga Mini RTC iaitu Mini RTC Bukit Besi, Mini RTC Kuala Jengal dan Mini RTC Pasir Raja. Perasmian tersebut telah dirasmikan oleh Yb Encik Roslee bin Daud Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi yang bertempat di Mini RTC Bukit Besi. Pelbagai agensi kerajaan dan swasta turut mengambil bahagian dalam membuka gerai pameran dan jualan bermula dari jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang. Antaranya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), KPDNKK, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan usahawan KETENGAH. Pelbagai aktiviti telah dijalankan semasa majlis berlangsung diantaranya sukaneka, peraduan teka kacang, pertandingan mewarna kanak-kanak Kemas dan sebagainya. Pluqe perasmian Mini RTC turut ditandatangani beliau sebagai gimik pelancaran bagi majlis tersebut. Majlis ini juga dimeriahkan dengan penyampaian hadiah dan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah yang cukup lumayan kepada para pengunjung.

placeholder
Karnival Perasmian Mini RTC Tok Has, Besut
placeholder
Program Gotong Royong di Kampung Air Puteh

Artikel Lain