Kecaknaan KETENGAH

Pihak Pengurusan tertinggi KETENGAH sentiasa berusaha membela nasib pegawai dan kakitangannya. Perlindungan insurans skim takaful berkelompok dan kemalangan berkelompok kepada pegawai dan kakitangan KETENGAH telah diperkenalkan. Setakat ini sebanyak 14 tuntutan telah dibuat semenjak diperkenalkan pada tahun 2010. Skim ini merupakan inisiatif KETENGAH bagi membantu keluarga pegawai dan kakitangan yang ditimpa nasib malang. Pada 27 Februari 2018 bertempat di kediaman Allahyarham Mohd Norizan bin Embong di Bandar Bukit Besi. YBhg Dato’ Din bin Adam, Timbalan Pengerusi KETENGAH telah menyerahkan cek berjumlah RM21,000.00 kepada balu Mohd Norizan yang meninggal akibat kemalangan. Hadir sama pada majlis tersebut YBhg. Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH.

placeholder
APC KKLW 2017
placeholder
Pendapatan penduduk dipertingkat

Artikel Lain