Kelab Keluarga KETENGAH Anjur Pertandingan Memancing

Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia. Lokasi ini merupakan kediaman kepada pelbagai spesis ikan air tawar dan merupakan syurga bagi kaki pancing. Pelbagai jenis ikan air tawar seperti temoleh, kelah, lampam, sebarau , toman dan pelbagai spesies lain boleh didapati di kawasan ini. Pada 6-7 Mac 2015, Kelab Keluarga KETENGAH telah menganjurkan pertandingan memancing Tasik Kenyir dan telah disertai seramai 75 orang ahli kelab. Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud. Hadiah tempat pertama telah digondol oleh Puan Norliza bt mohd Nor yang telah menjinakan ikan Toman seberat 5.4 Kilogram dan tempat kedua dimenangi oleh Encik Hamzah bin Awang, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Encik Fitrie bin Fiee. Pengurus Besar Berkata semasa Majlis penutup “ Kita akan mengadakan acara memancing mengikut bahagian di KETENGAH bagi mengeratkan silaturahim dikalangan kita semua”.

placeholder
KETENGAH terima pengiktirafan SAGA
placeholder
Malam Gemilang KKLW 2014

Artikel Lain