Kemahiran Ahli PUSPANITA dipelbagaikan

Pada 17 Ogos 2017, seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada ahli PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH telah mengikuti Bengkel Tie & Dye Batik bertempat di ruang legar RTC Terengganu . Puan Hajah Hanisah bt Abdullah, Pengerusi PUSTANITA Cawangan Kecil KETENGAH turut sama-sama menyertai program ini. Bengkel sehari ini telah dikendalikan oleh Puan Sarinah bt Said, tenaga pengajar dari Kolej Komuniti Kuala Terengganu. Pengurusan PUSPANITA berharap bengkel sebegini dapat meningkatkan pengetahuan ahli dalam pelbagai bidang dan seterusnya membantu meningkatkan pendapatan keluarga serta merapatkan lagi ikatan silaturahim sesama ahli. Ia merupakan salah satu acara dalam kalendar aktiviti PUSPANITA Cawangan Kecil KETENGAH.

Program Jom Bantu Rakyat
KELAH TOUR 2017

Artikel Lain