Kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri KETENGAH

Hari Raya Aidilfiti merupakan perayaan utama masyarakat islam khususnya bangsa Melayu yang diraikan terbesar di Malaysia. Sehubungan dengan itu, KETENGAH telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015M yang bertempat di RTC Terengganu Bandar Al Muktafi Billah Shah Dungun pada 28 Julai 2015. Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri KETENGAH disambut dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Haji Wan Mat Amin Bin Wan Daud, Pengurus Besar KETENGAH. Dalam ucapan YBhg Dato’ berkata “ disaat inilah kita semua (kakitangan KETENGAH) harus bermaaf – maafan sesama kita dan bermesra dengan masyarakat yang kita bela sambil mengeratkan ikatan silaturrahim”. Tujuan utama Majlis diadakan di RTC Terengganu adalah bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan RTC Terengganu kepada orang ramai. YBhg. Dato’ Pengurus Besar juga menyampaikan sumbangan kepada balu dan kakitangan KETENGAH yang telah bersara yang kurang upaya. Majlis ini telah dihadiri oleh Pemimpin-pemimpin masyarakat, Ketua-ketua Jabatan dan seluruh masyarakat di wilayah KETENGAH.

placeholder
Gendang Semangat Telah dipalu
placeholder
Projek Bernilai RM50.5 Juta Di Bandar AMBS

Artikel Lain