Kenduri Sekampung

Gotong royong memasak memeriahkan suasana pagi di Kampung. Kenduri Sekampung dan Karnival Perkahwinan merupakan salah satu pengisian acara sepanjang Festival Kenyir 2014 berlangsung. Bermula pada 23 April 2014, penduduk di Kampung Basung bergotong royong memasak dan membuat persiapan bagi tiga pasang pengantin yang akan diraikan sempena Karnival Perkahwinan yang berlangsung pada 24 April 2014. Kerjasama erat antara penduduk kampung dengan Kerajaan Negeri dan juga Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) nyata menghasilkan suasana yang cukup meriah di Kampung Basung ini. Tiga pasang pengantin yang bertuah diraikan dalam Karnival Perkahwinan ini ialah Mas Iryanie binti Mustafa dan pasangannya Tuan Muhammad Arif bin Tuan Azis, Anatul Mardhiah binti Idris dan pasangannya Mazuruhisan bin Mohamad serta Ainnur Syakira binti Kadir dan pasangannya Mohd Jadalkhusairi bin Mohd. Tetamu kenamaan yang hadir di Karnival Perkahwinan ini ialah YB. Ghazali bin Taib serta isteri, Tuan Haji Wan Abdul Rahman bin Ahmad dan isteri serta Tuan Haji Talaha bin Ali. Turut menyerikan suasana Kenduri Sekampung dan Karnival Perkahwinan ini sepanjang ianya berlangsung ialah persembahan kertuk hulu, rodat dan juga silat.

placeholder
Pertandingan Memancing
placeholder
Pertandingan Dikir Barat Festival Kenyir 2014

Artikel Lain