Keprihatinan YBhg Datuk Seri KSU KKLW

Pada 26 disember 2014, YBhg. Datuk Seri Ibrahim Bin Muhamad, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Bandar dan Wilayah telah turun padang melawat mangsa banjir di Wilayah KETENGAH. YBhg. Datuk Seri telah menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang berupa makanan asas, pakaian, lampin kanak-kanak dan juga beras kepada mereka yang ditempatkan di pusat-pusat penempatan banjir. Diantara tempat penempatan mangsa banjir yang beliau lawati ialah Bilik gerakan JKKK Kg Dendang Masjid Kg Wa Bilik Gerakan Banjir RTC Terengganu Tanah runtuh di FT2685 Sek 23.0 Jalan AMBS – Pasir Raja berdekatan Kg Shukor Sekolah Menengah Kampung Padang Pulut Mini RTC Kampung Padang Pulut Masjid Kg Padang Pulut Turut mengiringi YBhg. Datuk Seri KSU ialah, Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Wan Mat Amin Bin Wan Daud, Pegawai Kanan Agensi KKLW, Timbalan-Timbalan Pengurus Besar KETENGAH, dan Pengurus – Pengurus Bahagian KETENGAH.

placeholder
Pengurus Besar Turun Padang Lawat Mangsa Banjir
placeholder
TPM Lawat Mangsa Banjir Di Kg Durian Mentangau

Artikel Lain