Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Wilayah KETENGAH telah diadakan pada 14 Disember 2017 bertempat di Bandar Ketengah Jaya, Paka, Dungun Terengganu. Bertepatan dengan tema “Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara” majlis ini telah berjaya menghimpunkan penduduk sekitar bandar Ketengah Jaya dengan sama-sama berselawat dan memuji kebesaran Allah. Program dimulai dengan perarakan sekitar bandar Ketengah Jaya kemudian diikuti oleh bacaan Al Quran dan ceramah Maulidur Rasul bertajuk Dia Kerkasih Allah dari Ustaz mohamad Wadi Annuar bin Ayub, Pengetua Akedemi Al Habibul Musthafa. . Dato’ Haji Din bin Adam, Timbalan Pengerusi KETENGAH turut turun padang bersama memeriahkan majlis.

Hadir sama pada majlis tersebut YBhg Encik Saidiee bin Salleh, Pengurus Besar FELDA Wilayah Timur, Pegurusan Tertinggi KETENGAH, dan pemimpin-pemimpin masyarakat. Tempat pertama bagi pasukan terbaik perarakan dimenangi oleh KEMAS, tempat kedua Ketengah Holding dan tempat ketiga MPOB.

placeholder
Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Keluarga KETENGAH
placeholder
Program Berkhatan dan Bertindik Wilayah KETENGAH

Artikel Lain