Kesetiaan dan Kebersamaan Kunci Kejayaan KETENGAH

Majlis Jalinan Mesra Bersama Pengurusan KETENGAH telah berlangsung pada 11 April 2018. Program yang dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan KETENGAH serta pegawai dan kakitangan syarikat anak ini telah dijalankan bertempat di Balai Orang Ramai (BALORA) bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun Terengganu. YBhg Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH berpesan supaya semua pegawai dan kakitangan perlu mempunyai semangat kesetiaan kepada kerajaan dan kebersatuan dalam usaha memastikan agenda pembangunan negara dapat dilaksanakan selari dengan ikrar perkhidmatan yang telah dilafazkan. Semangat kesetiaan dan kebersatuan sesama kita inilah yang menjadikan KETENGAH kuat dalam mengharungi liku-liku perjuangan selama 45 tahun membangunkan kawasan luar bandar. Beliau juga berpesan supaya berhati-hati dengan media sosial agar tidak menyebarkan sebarang berita palsu. Majlis ini turut diserikan lagi dengan persembahan dari artis terkenal tanah air iaitu Aris Ariwatan yang mendendangkan 5 buah lagu popularnya. Sebanyak 80 cabutan bertuah turut disediakan.

Kemakmuran Di Syukuri Bersama
KETENGAH Di Hatiku

Artikel Lain