KETENGAH bersama komuniti

Sempena dengan kedatangan bulan ramadhan ini, KETENGAH dengan kerjasama komuniti setempat telah mengadakan program gotong royong membersihkan kawasan masjid dan surau di perbandaran KETENGAH. Program sebegini dapat mengeratkan silaturahim diantara pegawai dan kakitangan KETENGAH dengan penduduk setempat.

Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH turut turun padang bersama-sama membersihkan kawasan surau dan turut mendengar masalah yang dihadapi oleh kariah surau. Timbalan pengurus besar, pengurus pengurus bahagian KETENGAH turut hadir mengikuti program tersebut..

placeholder
KSU Lawat Tasik Kenyir
placeholder
Kursus Asas Keusahawanan

Artikel Lain