Ketengah cipta rekod dalam Malaysia Book of Records

Bulan Muharram sangat sinonim dengan masakan bubur asyura. Bertempat di Dataran Seri Bangun, Bukit Besi, keriuhan penduduk wilayah KETENGAH memasak bubur asyura memeriahkan lagi suasana Program Riuh Rendah Kacau Bubur Asyura pada 20 November 2014. Program yang dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dengan kerjasama DUN Bukit Besi telah berjaya mengumpul lebih 2,000 orang untuk menjayakannya. Program yang dianjurkan ini bermatlamat untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia terjalin antara penduduk wilayah di samping sebagai peringatan tentang perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat dalam mengukuhkan serta menegakkan syiar Islam. Sejarah turut tercipta apabila 210 kawah bubur asyura telah dimasak dan ianya telah mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book of Records sebagai penyediaan bubur asyura terbanyak. Yang Berhormat Encik Roslee Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Terengganu merangkap ADUN Bukit Besi telah berbesar hati menyampaikan Sijil Pengiktirafan dari Malaysia Book Of Records kepada Tuan Haji Wan Mat Amin Wan Daud, Pengurus Besar KETENGAH atas kejayaan tersebut.

placeholder
Majlis Perasmian Pentas Serbaguna
placeholder
Sumbangan Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH 2014

Artikel Lain