KETENGAH Di Hatiku

Hari ini genaplah usia penubuhan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) ke 45 Tahun. KETENGAH merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang telah diperbadankan pada 12 April 1973 melalui Akta Parlimen Bil. 104/73 dengan diberi kuasa untuk menjalankan pembangunan ekonomi dan sosial di kawasan seluas 443,876 hektar meliputi pedalaman Daerah Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.

Pada 12 Jun 1993, Kawasan Pembangunan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu seluas 209,199 hektar telah digezetkan melalui P.U.(B) 356 dan pelan warta kawasan No. PW486 sebagai sebahagian daripada kawasan KETENGAH menjadikan keseluruhan wilayah KETENGAH berjumlah 653,075 hektar atau kira-kira satu perdua daripada keluasan Negeri Terengganu.

Dari kawasan hutan belantara, KETENGAH telah membangunkan 5 buah pusat bandar iaitu Bandar Al Muktafi Billah Shah sebagai Pusat pentadbiran, Bandar Bukit Besi, Bandar Ketengah Jaya, Bandar Seri Bandi, Bandar Ceneh Baharu dan sebuah Pejabat Cawangan di Pengkalan Gawi Tasik Kenyir.

Fungsi KETENGAH adalah :-

  • Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam kawasan Terengganu Tengah.
  • Memaju, menggalak, merancang dan mengusahakan pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan perdagangan dalam kawasan Terengganu Tengah.
  • Mengawal dan menyelaras pelaksanaan kegiatan-kegiatan yang tersebut di atas dalam kawasan Terengganu Tengah.

Setelah 45 tahun penubuhannya, KETENGAH akan terus komited membela nasib penduduk yang mendiami wilayah KETENGAH selaras dengan misi YB Menteri KKLW untuk membandarkan kawasan luar bandar.

Kesetiaan dan Kebersamaan Kunci Kejayaan KETENGAH
Kemakmuran Di Syukuri Bersama

Artikel Lain