KETENGAH sertai ICQCC di Colombo, Sri Lanka

Saban hari, budaya KIK makin tersemat erat dikalangan penjawat awam samada diperingkat Kementerian atau Agensi. Kewujudan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) di Jabatan merupakan mekanisma untuk menggalakkan setiap kakitangan mencetus dan berkongsi idea-idea kreatif dan bernas dalam memudah cara tugas-tugas harian supaya lebih efisen dan efektif. Yang secara langsung akan memberi impak positif kepada perkhidmatan kerajaan. Selain pernah menyertai anugerah-anugerah di Peringkat Kementerian dan Kebangsaan, Kumpulan Inovasi dan Kreatif KETENGAH juga mendapat penghormatan dan pengiktirafan di peringkat global apabila mendapat jemputan dari Malaysia Productivity Corporation (MPC) untuk menyertai International Convention on Quality Control Circle (ICQCC) di Colombo, Sri Lanka pada 12 – 15 Oktober. Dengan melibatkan Kumpulan KLIK dari Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan berjaya meraih pingat Perak dalam usaha tersebut.

placeholder
Lawatan Kerja Datuk Seri Ibrahim ke Ketengah
placeholder
Lawatan Agensi Pelancongan Eropah & Amerika

Artikel Lain