Kg Landas Tumpuan KETENGAH Cakna Kampung 2015

Kerjasama antara KETENGAH dengan penduduk dizahirkan melalui pelbagai program atau aktiviti yang dilakukan bersama dalam merapatkan lagi tali sulaturahim dengan masyarakat dalam wilayah. Bertempat di Padang MARDI Jerangau, Kampung Landas, Hulu Terengganu, Program KETENGAH Cakna Kampung 2015 telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Oktober 2015. Hampir 900 orang peserta telah menyertai program yang dianjurkan ini. Bermula jam 8.00 pagi, para penduduk bersama-sama pegawai dan kakitangan KETENGAH memulakan aktiviti bersama antaranya senamrobik, gotong royong memasak, membersihkan kawasan perkuburan, masjid, balairaya, mengecat rumah, serta membina sutuh. Turut dibina satu unit gazebo bagi memberi kemudahan kepada penduduk kampung untuk keselesaan bersama. Pengurusan KETENGAH yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud, Pengurus Besar turut turun padang bersama-sama penduduk kampung memeriahkan lagi program yang dianjurkan ini. Disamping aktiviti gotong royong yang dilakukan bersama bagi mengeratkan lagi hubungan KETENGAH sebagai salah satu agensi di bawah KKLW dengan penduduk luar bandar, turut diadakan pertandingan mewarna kanak-kanak tadika dan juga acara sukaneka bagi pelajar tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah serta acara cabutan bertuah. Hadir sama ke program ialah Encik Ahmad Rafiqi Firdaus Ramli, Penolong Pegawai Daerah Hulu Terengganu.

placeholder
Pesona Terengganu
placeholder
Perasmian MARA KETENGAH International College (MKIC)

Artikel Lain