KOLEJ KOMUNITI DUNGUN BAKAL BEROPERASI SEPTEMBER 2018

Satu lagi pusat kemahiran berasaskan pendidikan serta latihan teknikal dan vokasional (TVET) akan diwujudkan buat rakyat Dungun apabila Kolej Komuniti cawangan Dungun beroperasi September ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata ia akan memberi peluang bukan sahaja kepada pelajar mendapatkan kemahiran yang mereka minati, malah kepada masyarakat setempat untuk mengikuti kursus kemahiran dalam jangka masa yang pendek.

“Kehebatan Kolej Komuniti ini adalah ia memberi ruang kepada penduduk setempat tidak kira umur dalam konteks pendidikan kemahiran sepanjang masa yang sangat bermanfaat untuk mereka.”

“Kursus-kursus ini secara tidak langsung memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk menambah ekonomi keluarga dan berusaha memperbaiki taraf kehidupan ke arah yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Kolej Komuniti ke 101 (cawangan Dungun) di Bandar Al Muktafi Billah Shah dekat Bukit Besi di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Prof Datuk Dr Mohd Ismail Abd Aziz dan calon Barisan Nasional Parlimen Dungun, Datuk Din Adam merangkap Timbalan Pengerusi KETENGAH.

Sumber : BERNAMA

M

M
M
M

M
M
Kemakmuran Di Syukuri Bersama
PPK Air Putih Penyelesaian Masalah Rakyat

Artikel Lain