KSU Lawat Mangsa Banjir di Kg. Air Putih Kemaman

Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Dato’ Ibrahim Muhamad telah mengadakan lawatan ke Kampung Air Putih, Kemaman pada 10 Disember 2013 bagi meninjau keadaan salah sebuah kampung yang dilanda banjir beberapa hari yang lalu. Beliau diiringi oleh Pengurus Besar KETENGAH Tuan Haji Wan Mat Amin Wan Daud Pengurus Besar KETENGAH. Turut mengiringi beliau ialah Tuan Haji Abdullah Mohamad Pengarah MARA Negeri Terengganu dan Puan Nor Hazelina Hashim Pengarah KEMAS Negeri Terengganu. Dato’ Ibrahim mengambil kesempatan untuk bertemu dengan penduduk kampung yang terlibat dengan banjir terburuk dalam sejarah kampung tersebut serta menyampaikan bantuan bekalan makanan kepada mereka. Beliau yang juga Timbalan Pengerusi KETENGAH telah melihat sendiri kesan banjir yang memusnahkan tiga buah rumah serta merosakkan puluhan rumah penduduk lain. Dato’ KSU meminta penduduk agar bersabar dengan musibah yang melanda. Beliau berterima kasih kepada KETENGAH yang telah mengambil tindakan memberi bantuan segera kepada penduduk. Menurut beliau Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan membantu penduduk yang rumah-rumah mereka dirosakkan oleh banjir selepas pihak JKKK membuat nilaian kerosakan yang dialami.

placeholder
Perhimpunan Bulanan Kali Ke 10/2013
placeholder
Membudaya Kreativiti Menjulang Inovasi

Artikel Lain