Kunjung Hormat KEDA ke KETENGAH

Pada 12 Februari 2019, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah menerima kunjungan dari Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) yang diketuai oleh Tuan Haji Ahmad Sukri bin Jusoh, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KEDA. Objektif lawatan adalah mempelajari dan berkongsi idea, membuka minda dan pengetahuan terhadap pengurusan projek yang berkesan serta berkongsi maklumat untuk meningkatkan mutu pengeluaran produk yang dihasilkan oleh pengusaha melalui teknologi pertanian yang canggih dan terkini. Di samping itu, ianya dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara agensi LKW (KEDA dan KETENGAH) dalam usaha memajukan sektor pertanian. Rombongan telah dibawa melawat ke projek tanaman cendawan (Fatisha Agrofarm), projek ternakan kelulut dan projek fertigasi melon. Tuan Haji Ahmad Fakaruddin bin Ahmad, Timbalan Pengurus Besar (Operasi) KETENGAH turut hadir bagi sama-sama meraikan rombongan dari KEDA ini.  Terima kasih kepada semua yang sudi hadir melawat kami di KETENGAH.

 

Bengkel Hala Tuju Pelancongan KETENGAH Tahun 2019
Bengkel TOT Pementoran KETENGAH

Artikel Lain