Kunjungan Penyelidik dan Pelajar dari UMT

Tasik Kenyir merupakan salah satu produk pelancongan yang tidak asing lagi di Negeri Terengganu. Pada 24 Feb 2014, Tasik Kenyir telah dikunjungi oleh 5 orang pensyarah dan 14 orang pelajar dari Universiti Malaysia Terengganu yang diketuai oleh Dr. Roslina bt Ismail, Pengerusi Program Penyelidikan Komuniti Pinggir Tasik UMT. Taklimat mengenai pembangunan tasik Kenyir telah di sampaikan oleh Tuan Haji Mohd Zain Bin Haji Mohd Amin, Penolong Pengurus Bahagian Pembangunan & Pelancongan Tasik Kenyir. Rombongan dibawa melawat di sekitar kawasan pembangunan Pulau Bebas Cukai, Sungai Como dan Pulau Herba.

placeholder
Lawatan MB dan rombongan UMNO ke Tasik Kenyir
placeholder
Perasmian Pembukaan Stesen Minyak Shell Simpang Lay By Bukit Besi

Artikel Lain