Kursus Asas Keusahawanan

Selaras dengan hasrat Kementerian Luar Bandar dan Wilayah untuk memperkasakan golongan muda dalam bidang keusahawanan, KETENGAH telah mengambil langkah dengan mengadakan Kursus Asas Tanaman Lada Hitam yang bermula pada 1 hingga 2 Jun 2016, bertempat di Kolej KETENGAH Bandar Al Muktafi Billah Shah, Dungun, Terengganu.

Kursus ini diadakan dengan kerjasama Lembaga Lada Malaysia. Bengkel ini telah dikendalikan oleh En Mohd Noor Azmi bin A. Razak dan En Muhamad Adam bin Ideris merangkap Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi dari Lembaga Lada Malaysia Cawangan Semenanjung (Johor). Seramai 30 orang peserta telah mengikuti kursus ini, malah percuma dan ditawarkan kepada mereka yang mendiami Wilayah KETENGAH.

Tanaman Lada Hitam mempunyai potensi yang besar untuk diusahakan di Wilayah KETENGAH kerana permintaan terhadap komoditi ini sentiasa meningkat, disamping itu bersesuaian dengan tanah dan iklim setempat. Disamping itu KETENGAH juga mengadakan Kursus Kepada Pengendali Makanan dan Kursus Ternakan Ayam Kampung yang berlangsung di RTC Terengganu. Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Tuan Haji Che Zakaria bin Che Awang, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) KETENGAH. Hadir sama pada majlis tersebut ialah En Azmi bin Muda selaku Pengurus Bahagian Ekonomi dan Usahawan KETENGAH.

placeholder
KETENGAH bersama komuniti
placeholder
Raja Muda berbuka dan berterawih di AMBS

Artikel Lain