Kursus Asas Projek Tanaman Fertigasi

Seminar Peningkatan Profesionalisme Pegawai KETENGAH
14/11/2017
Semangat 1Malaysia
18/11/2017

Kursus Asas Projek Tanaman Fertigasi

Program Peningkatan Ekonomi Kampung (PPEK) merupakan salah satu medium yang dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam usaha meningkatkan ekonomi penduduk kampung dalam wilayahnya.

Pada 16 November 2017, bertempat di Dewan Gunasama RTC Terengganu, Bandar Al-Muktafi Bilah Shah, seramai 29 orang peserta dari Bandar Al-Muktafi Bilah Shah dan Kampung Pela, Ajil, telah mengikuti Kursus Asas Projek Tanaman Fertigasi yang dikendalikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Mohd Nasir bin Ali, Pengurus TKPM, Pusat Latihan Pengembangan Pertanian Tok Dor, Besut, Terengganu.

Antara pengisian kursus adalah pengenalan asas pertanian fertigasi kepada para peserta kursus yang bertujuan mendedahkan asas-asas penting dalam penanaman pokok secara fertigasi serta memberi peluang kepada peserta meningkatkan kemahiran yang ada dalam menguruskan projek fertigasi sedia ada agar dapat terus berkembang maju.

Hadir sama ke majlis penutup dan penyampaian sijil kepada peserta ialah Tuan Haji Mohd Harun bin Abdulah, mewakili Pengurus Kesejahteraan Rakyat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *