Kursus Pemantapan Integriti Kontraktor

KETENGAH dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Terengganu telah mengadakan Kursus Pemantapan Integriti kepada Pembekal dan Kontraktor KETENGAH Siri 2 Tahun 2016 pada 27 Mac 2016 bertempat di Balai Orang Ramai (BALORA) Bandar Al Muktafi Bilah Shah, Dungun.

Kursus kali ini melibatkan kontraktor dan pembekal yang sering terlibat dengan perolehan di KETENGAH dari daerah Dungun, Kemaman, Hulu Terengganu , Kuala Terengganu dan Marang. Seramai 122 orang kontraktor dan pembekal telah hadir pada kursus ini yang melibatkan sesi ceramah yang telah disampaikan oleh pegawai dari SPRM Negeri Terengganu dan penceramah jemputan dari syarikat Cj Global Venture.

Para peserta juga turut melafazkan ikrar integriti di akhir kursus ini. Majlis perasmian penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Roslee bin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Terengganu. Turut hadir ialah YBhg Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH dan P. Ganason a/l S.Periathamby, Pengarah SPRM Negeri Terengganu.

placeholder
Pengurus Besar Prihatin
placeholder
Majlis Makan Malam bersama Dato’ Sri

Artikel Lain