Kursus Tata Sajian dan Pembuatan Pelbagai Nasi, Lauk Pauk dan Kuih Muih

KETENGAH dari semasa ke semasa sentiasa berusaha membantu meningkatkan pendapatan serta kemahiran penduduk dalam wilayahnya melalui pelaksanaan pelbagai jenis kursus.

Bertempat di Quinara Al-Safir Resort, Tok Jembal, seramai 30 orang peserta telah menyertai Kursus Tata Sajian dan Pembuatan Pelbagai Nasi, Lauk Pauk dan Kuih Muih.

Kursus yang diadakan sebanyak 2 siri ini,dengan kerjasama Inforana  International Islamic Skill College memberi pendedahan kepada para peserta tentang ilmu pengendalian perusahaan makanan dan juga berkongsi pelbagai resepi masakan untuk manfaat para peserta dalam meningkatkan lagi kemahiran serta kualiti masakan yang disediakan.

Program selama 3 hari 2 malam ini yang bermula pada 22 September 2016 hingga 24 September 2016 telah dirasmikan majlis penutupnya oleh Encik Mukhtar bin Che Ali, Timbalan Pengurus Besar (Pembangunan) dan turut dihadiri sama oleh Tuan Haji Ahmad Ramzi bin Haji Abd Rahman, Pengarah Eksekutif Inforana Holdings Sdn Bhd dan juga Tuan Haji Asnawi Haji Mohd Amin, Pengurus Kesejahteraan Rakyat.

placeholder
Kursus Kemahiran Gunting Rambut Lelaki
placeholder
Kursus Gunting Rambut (Separa Mahir)

Artikel Lain