Kursus Team Building (Teaming With Passion) Siri 1/2018

Bertempat di Serene Resort & Training Centre, Janda Baik, Pahang, seramai 36 orang Pegawai KETENGAH dan Anak Syarikat dihimpunkan bagi menghadiri Kursus Team Building (Teaming With Passion) Siri 1/2018 bermula pada 16-18 Oktober 2018. Kursus yang diadakan ini adalah bertujuan untuk mewujudkan semangat kerja berpasukan, membina keyakinan diri serta sentiasa berfikiran positif dan mengeratkan silaturrahim antara rakan sekerja dan anak syarikat.

Sepanjang kursus, pelbagai aktiviti indoor dan outdoor telah dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan semangat kerja berpasukan. Aktiviti-aktiviti ini telah dikendalikan oleh The Builders yang diketuai oleh Encik Saiful bin Pathil. Dua (2) orang pakar motivasi ternama telah dijemput bagi sama-sama berkongsi idea dan memberikan motivasi kepada peserta. Mereka adalah Mr Michael Teoh dari Thriving Talents yang merupakan Ikon Belia Dunia dan Encik Hafiz Musthapa dari Cutecarry.

Majlis Perasmian Penutup Kursus telah disempurnakan oleh YM Tengku Ahmad Nadzri bin Tg Musa, Pengurus Besar KETENGAH. Turut hadir pada majlis tersebut  Encik Mohd Radzi bin Md Noor, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ketengah Holding Sdn Bhd dan Encik Mohd Azmi bin Muda, Pengurus Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia.

 

JASAMU TETAP DIKENANG
Bengkel Pengemaskini Projek KIK KETENGAH

Artikel Lain