Lawatan ke Kg Tok Dor dan Projek Ekonomi Desa Lestari

Majlis Makan Malam bersama Dato’ Sri
17/01/2017
MB rasmi MRSM Imtiaz YT Ketengah
17/01/2017

Lawatan ke Kg Tok Dor dan Projek Ekonomi Desa Lestari

http://www.ketengah.gov.my/Kelulut

Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah mengadakan lawatan ke Kampung Tok Dor dan Projek Ekonomi Desa Lestari bagi meninjau Projek Ternakan Lebah Kelulut. Di kesempatan itu juga, Dato’ Sri turut menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung dan salah seorangnya ialah Pn Anita Othman, 37 tahun yang menderita penyakit buah pinggang.

Di samping itu juga, YB Dato’ Sri juga merasmikan jentolak yang akan digunakan untuk Projek Tanaman Jagung PPRT Kg Tok Dor dan segala aktiviti pertanian yang diusahakan.

Turut serta bersama beliau, ialah YB Dato’ Jailani Johari, Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato’ Mohd Arif bin Ab Rahman, Ketua Setiausaha KKLW dan Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Omar bin Ismail.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *