Lawatan Kerja Datuk Seri Ibrahim ke Ketengah

Pada 27 September 2014 Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Y.Bhg Datuk Seri Ibrahim bin Muhamad telah mengadakan lawatan kerja ke KETENGAH bagi cadangan “1Malaysia Youth Cities”. Tempat pertama yang dilawati ialah Pusat Koreksional Dungun dan telah diberi penerangan oleh Pengarah Pusat Berkenaan iaitu PKP Mat bin Yaacob. Y.Bhg Datuk Seri yang diiringi oleh Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Wan Mat Amin Bin Wan Daud kemudiannya dibawa melawat ke :- 1. Bandar Bukit Besi – Kelab Golf Bukit Besi (KGBB) – kawasan Rekreasi Tasik Puteri, Bukit Besi – UITM Kampus Bukit Besi – Kawasan Pembangunan Bercampur oleh PMNT – Kawasan Sekitar Bandar Bukit Besi 2. Bandar Al Muktafi Billah Shah – Perumahan Taman Selesa (Blok G) – Jalan Jejari Blok G – Kompleks Sukan – RTC Terengganu – Perumahan Taman Harmoni (Blok H) – Kilang Bimbingan KETENGAH – MKIC, Kolej KETENGAH 3. Bandar Ketengah Jaya – Tapak Kawasan Tambahan Bandar Ketengah Jaya (Tapak A & B) – Lot Perumahan Taman Muhibbah – Cadangan Tapak Generasi Kedua FELDA Kerteh 5 – Kawasan sekitar Bandar Ketengah Jaya Timbalan Pegurus Besar (Pembangunan), Pengurus – Pengurus Bahagian KETENGAH dan Pengarah KEMAS Negeri turut hadir pada lawatan kerja tersebut.

placeholder
Kursus Pentadbiran dan Perundangan Tanah
placeholder
KETENGAH sertai ICQCC di Colombo, Sri Lanka

Artikel Lain