Lawatan Kerja YAB Menteri Besar Terengganu

Pada 24 & 25 Jun 2014, YAB Menteri Besar Terengganu, Dato Haji Ahmad Razif bin Abd Rahman telah membuat lawatan kerja ke sekitar DUN Bukit Besi. YAB Menteri Besar telah dibawa melawat ke projek Tanam Sayur Sayuran Koperasi Usahawan Tani Kampung Wa Berhad, projek Kelapa Matang di Kampung Dendang dan meninjau tapak lot rumah berkelompok Generasi Baru di Kampung Chemuak, Kuala Jengai. Seterusnya ke Majlis Kenduri Kampung bersama penduduk kampung di Kampung Jongok Batu. Seterusnya, YAB Menteri Besar telah dibawa melawat ke Taman Rekreasi Air Terjun Chemerong yang merupakan air terjun tertinggi di negara ini. Pada sebelah malam pula, telah diadakan Majlis Jamuan Rakyat Menteri Besar bersama penduduk. Turut mengiringi beliau ialah Pengurus Besar KETENGAH, Tuan Haji Wan Mat Amin bin Wan Daud serta Ahli-ahli exco. Dalam hari yang sama, turut diadakan Lawatan Sri Kandi yang diketuai oleh Y.Bhg To puan dan rombongan Sri Kandi. Y.Bhg To Puan telah dibawa melawat ke Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan melawat rumah-rumah orang sakit di sekitar Felda Jerangau dan AMBS.

placeholder
Tahniah KETENGAH
placeholder
Anugerah Desa Cemerlang 2013

Artikel Lain