Lawatan MB dan rombongan UMNO ke Tasik Kenyir

Majlis Penyerahan Sijil Kursus PLKK
17/01/2017
Kunjungan Penyelidik dan Pelajar dari UMT
17/01/2017

Lawatan MB dan rombongan UMNO ke Tasik Kenyir

Y.A.B. Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu telah mengadakan lawatan ke Tasik Kenyir pada 7 Februari hingga 9 Februari 2014 (Jumaat-Ahad). Lawatan ini bersempena RETREAT Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu (BPUNT) yang diadakan di Petang Island Resort (PIR). Lawatan ini telah disertai oleh 90 orang peserta termasuk Y.B. Datuk Jailani bin Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Y.B. Tuan Haji Rozi bin Haji Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri Terengganu serta lain-lain. Program ini telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu pada 7 Februari 2013 (Jumaat) kira-kira jam 9:00 malam. Pada 8 Februari 2013 (Sabtu), rombongan ini melawat Santuari Kelah Sungai Petang dan makan tengahari di PIR di samping BBQ dan bengkel pada malamnya. Program ini berakhir selepas rumusan akhir dan penutup oleh Y.A.B. Pengerusi BPUNT pada 9 Februari 2013 (Ahad) serta makan tengahari dan ‘check out’. Seterusnya, rombongan ini sempat melawat Taman Tropika, Taman Orkid dan Taman Rama-Rama serta tiba di Jeti Utama Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir kira-kira jam 5:00 petang. Tempat lawatan terakhir ialah ke Kenyir Elephent Village (KEV) dan minum petang di sana. Program ini selesai kira-kira jam 6:30 petang.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *