Lawatan Naziran ICU JPM ke Ketengah pada 25 Jun 2015

Pada 25 Jun 2015, KETENGAH telah menerima kunjungan daripada Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang diketuai oleh oleh Encik Mohd Sufian bin Hassan, Timb. Pengarah Bhg. Badan Berkanun & Pembangunan Institusi Sektor Pusat Transformasi Penyampaian, ICU, JPM. Tujuan lawatan tersebut adalah bagi meneliti aspek-aspek pengurusan, menilai prestasi dan penilaian out come program-program pembangunan yang dilaksanakan oleh KETENGAH serta semakan kepada pematuhan pekeliling-pekeliling yang telah diedarkan. Rombongan telah disambut oleh Timbalan Pengurus Besar (Operasi), Tuan Haji Omar bin Ismail dan sesi taklimat ringkas berhubung pematuhan KETENGAH ke atas senarai semak yang disediakan oleh ICU, JPM telah disampaikan oleh Encik Mohd. Radzi bin Md. Noor, Pengurus Pemantauan dan Penilaian KETENGAH bertempat di bilik Gerakan, Ibu Pejabat KETENGAH. Rombongan turut dibawa melawat projek-projek pembangunan yang dilaksanakan oleh KETENGAH di sekitar Bandar Bukit Besi.

placeholder
Bengkel Pemantapan KIK KETENGAH 2015
placeholder
Warga Miskin, Sakit Melarat dan OKU dibantu

Artikel Lain