Lawatan Penyelidik dari UnisZa

KETENGAH dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) pada tahun 2015 yang lalu. Sehubungan dengan itu sepasukan penyelidik dari Universiti berkenaan telah berkunjung ke kampung Pasir Raja, Hulu Dungun, pada 18 Februari 2016, bagi melihat sendiri bagaimana produk keluaran kampung dihasilkan dan merancang bagaimana produk tersebut boleh diketengahkan ke pasaran luar, seterusnya membantu masyarakat kampung menjana ekonomi. Diantara mereka yang hadir ialah : –

Prof. Dr. Che Abdullah bin Abu Bakar
Falkulti Biosumber dan Industri  Makanan, UniSZA.

Prof. Madya Dr. Kamarul ‘Ain binti Mustafa
Falkulti Biosumber dan Industri  Makanan, UniSZA

Asst. Prof. Dr. Somchai Jomduang
Chiang Mai Universiti, Thailand

Dr. Mohd Adzim Khalili bin Rohin
Falkulti Sains Kesihatan, UniSZA

En. Roslan bin Arshad
Falkulti Biosumber dan Industri  Makanan, UniSZA

Mereka juga dibawa melawat ke pusat ternakan puyuh di Bandar Seri Bandi. Hadir sama pada lawatan tersebut ialah En Azmi bin Muda, Pengurus Bahagian Ekonomi dan Usahawan KETENGAH dan Wakil dari Bahagian Perancangan Strategik serta Kesejahteraan Rakyat KETENGAH.

placeholder
Perhimpunan Bulanan KETENGAH Ke 2/2016
placeholder
Program Jom JPJ di RTC Terengganu

Artikel Lain