Lawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak Ke Terengganu

YB Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing, Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri Sarawak mengetuai rombongan seramai 74 orang ke Negeri Terengganu selama 3 hari 2 malam pada 24 hingga 26 Julai 2016. Rombongan ini juga turut disertai oleh YB Datuk Alexander Nanta Linggi, Timbalan Menteri, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Rombongan ini telah dibawa melawat sekitar Tasik Kenyir meliputi Santuari Kelah, Taman Herba dan Kenyir Elephant Conservation Village (KECV). YB Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing amat kagum dengan pengurusan dan pemulihan Flora dan Fauna di Tasik Kenyir. “ kami telah melihat bagaimana KETENGAH mengekalkan keaslian flora dan fauna Tasik Kenyir dengan sangat baik dan apa yang kami pelajari hari ini akan kami aplikasikan di Sarawak” . Tuan Haji Omar bin Ismail, Pengurus Besar KETENGAH telah bersama-sama mengikuti program ini. Rombongan turut dibawa melawat sekitar Bandar Kuala Terengganu seperti Noor Alfa Batik dan Pasar Payang.

placeholder
Sumbangan kepada Pesara KETENGAH
placeholder
Sambutan Hari Raya di Tasik Kenyir

Artikel Lain